Rel telah dipasang. Apakah cara yang BETUL & SALAH untuk ambil ukuran panjang bagi rel yang telah dipasang?

 

 Situasi 2Rel telahdipasang.

Panduan mengambil ukuran panjang bagi rel yang telah dipasang serta apakah cara yang BETUL & SALAH.


Bagi rumah yang TELAH pasang RELsila lihat cara mengambil ukuran REL yang BETUL & yang SALAH seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah.


Oleh kerana rel telah dipasang, maka ukuran hendaklah diambil dari hujung ke hujung rel


Cara ini salah kerana tidak mengambil ukuran dari hujung ke hujung rel, sebaliknya hanya mengambil ukuran frame tingkap.


PERHATIAN!!!
Bagi rumah yang TELAH pasang REL, jika anda berhasrat utk menggunakan langsir w-curtain, untuk mendapatkan alunan langsir yang cantik, teratur & sekata, anda perlu semak ukuran rel anda dan ikut ukuran yang telah saya syorkan (klik di sini untuk mengetahui apakah ukuran panjang rel yang telah saya syorkan) berdasarkan kepada 2 situasi di bawah:


Situasi 1: Jika ukuran rel lebih panjang dari ukuran yang saya syorkan, maka anda perlu potong rel tersebut supaya sama panjang dengan ukuran yang telah saya syorkan.
 
Contoh, jika panjang rel sliding door anda = 350 cm, maka anda perlu potong rel supaya menjadi 312cm.(Sliding door, saya syorkan pangjang rel = 312 cm)


Situasi 2: Jika ukuran rel lebih pendek dari ukuran yang saya syorkan, maka anda boleh guna rel sedia ada yang lebih pendek itu.
 
Contoh, jika panjang rel sliding door anda = 300 cm, anda boleh guna rel yang sedia ada yang 300 cm itu, tak perlu tukar rel baru.(Sliding door, saya syorkan pangjang rel = 312 cm).

Comments

Popular posts from this blog

Langsir - Pattern-pattern Langsir Terkini & Terbaru

Cara-cara membuat LANGSIR Boxpleat, Butterfly, Smocking & Double Butterfly

Langsir - Aneka Pattern Langsir Loose Scallop & Pelmet Terkini & Terbaru