Cara Tetapkan Ukuran Labuh Langsir W-Curtain bagi rel yang belum dipasang & Apakah Ukuran Labuh Langsir Yang Biasa Orang Guna?

Panduan menetapkan ukuran labuh langsir design w-curtain bagi rel yang belum  dipasang.


Jika anda masih keliru dan tak tau nak setkan berapa labuh langsir anda, saya syorkan anda pilih ukuran yang biasa orang guna  seperti di bawah.



Gambar diatas menunjukkan labuh langsir yang biasa orang guna.

Ukuran 170 cm & 200 cm adalah labuh langsir yang tidak menghampiri lantai.

Manakala utk ukuran labuh langsir 250 cm, 270 cm & 300 cm adalah labuh langsir yang biasanya menghampiri lantai begantung kepada ketinggian rel yang anda pasang.


Setelah ditetapkan berapa labuh atau panjang langsir yang anda nak, barulah anda pasangkan rel pada ketinggian yang bersesuaian dengan labuh yang telah dipilih berdasarkan kepada 2 kaedah di bawah:  .


Kaedah 1: Ukuran labuh/panjang langsir yang menghampiri lantai (cecah lantai).



Setelah anda tetapkan ukuran labuh/panjang langsir yang menghampiri lantaibarulah anda pasang ketinggian rel ikut formula di bawah khas untuk labuh/panjang langsir yang menghampiri lantai : 

Labuh Langsir yang menghampiri lantai = r cm
Ketinggian rel dari lantai = (r + 5) cm


Contoh: 
Labuh Langsir yang menghampiri lantai = 300 cm
Ketinggian rel dari lantai = (300 + 5) cm = 305 cm
  
Kenapa ketinggian rel  dari lantai mesti di tambah 5 cm dari  labuh/panjang langsir?
Sebab, bila langsir dipasang, ia akan dipasang 2.5 cm di bawah paras rel & 2.5 cm tergantung dari aras lantai.

Contoh ukuran labuh langsir yang menghampiri lantai :250 cm, 270 cm & 300 cm.



Kaedah 2: Ukuran labuh/panjang langsir yang tidak menghampiri lantai (jauh dari lantai).


Jika anda mahukan labuh langsir yang tidak menghampiri lantai atau jauh dari lantai, maka ambillah ukuran labuh langsir  setakat mana yang anda kehendaki. 

Setelah anda tetapkan ukuran labuh/panjang langsir yang tidak  menghampiri lantaianda boleh pasang ketinggian rel pada tahap yang dapat menghasilkan labuh langsir yang anda dah pilih. Anda boleh agak sahaja ketinggian rel tersebut & tidak perlu guna formula.

Contoh: 
Labuh Langsir yang tidak menghampiri lantai = 150 cm
Ketinggian rel dari lantai = pasang ketinggian rel pada tahap yang dapat menghasilkan labuh langsir 150 cm
  

Kenapa ketinggian rel yang dipasang tidak perlu tambah 5 cm  dari ukuran labuh/panjang langsir yang tidak  menghampiri lantai?
Sebab, bila langsir dipasang, perbezaan sebanyak 5 cm tidak beri kesan langsir meleret di atas lantai, sebab ukuran labuh langsir yang telah dipilih adalah jauh dari lantai.


Contoh ukuran labuh langsir yang tidak menghampiri lantai :150 cm, 160 cm, 170 cm, 200 cm.


Apakah kelebihan setkan labuh langsir kepada ukuran yang biasa orang guna

Jawapannya ialah akan mudah bagi kita untuk menempah atau membeli langsir ready made yang ada dipasaran sbb langsir readymade biasanya menggunakan ukuran ini.

Tetapi, saya biasaya akan pasang rel serapat yang mungkin dengan siling. Manakala untuk rod, saya pasang 5 cm di bawah siling

Kenapa Sifu buat macam tu? Tujuan saya buat begini adalah, jika langsir dipasang lebih tinggi hingga ke paras siling ianya akan beri effect rumah nampak lebih luas dan mewah

Dan langsir yang saya pasang tidak meleret cecah ke lantai, saya biarkan ia tergantung 2.5 cm dari lantai.

Kenapa Sifu buat macam tu? Kerana jika langsir meleret ke lantai, alunan langsir tak tersusun rapi & tak cantik.  



Tips Pemasangan Langsir.
1) utk pasang ketinggian rod, tebuk dinding 2 atau 3 inci di bwh siling.
2) guna kain langsir yg berat supaya alunan langsir nampak tersusun & sekata
3) utk pasang ketinggian rel, tebuk dinding betul2 di bwh siling atau semaksimum mungkin  yang drill boleh tebuk.
4) labuh langsir yg cantik ialah 2.5 cm or 1 inci tergantung dr lantai.
5) guna kain yg bewarna cerah & plain.
7) Untuk yang guna rel, sifu sangat rekemen guna w-curtain, kerana alunan w-curtain sangat2 cantik, sekata & teratur.
8)Ukuran labuh langsir untuk beri effect rumah nampak lebih luas dan mewah biasanya antara 250 cm ke 300 cm, manakala ketiggian rel dari lantai adalah antara 255 cm ke 305 cm, bergantung kepada ketinggian rumah. 




 

Comments

Popular posts from this blog

Langsir - Pattern-pattern Langsir Terkini & Terbaru

Cara-cara membuat LANGSIR Boxpleat, Butterfly, Smocking & Double Butterfly

Langsir - Aneka Pattern Langsir Loose Scallop & Pelmet Terkini & Terbaru