Cara Ambil Ukuran Labuh Langsir W-Curtain utuk rel yang telah di pasang.

Panduan mengambil ukuran labuh langsir design w-curtain bagi rel yang telah dipasang.



Kaedah 1: Ukuran labuh/panjang langsir yang menghampiri lantai(cecah lantai)

Setelah anda ukur ketinggian rel dari lantai, barulah anda dapat labuh/panjang langsir w-curtain ikut formula di bawah khas untuk labuh/panjang langsir yang menghampiri lantai : 

Ketinggian rel dari lantai = x cm
Labuh Langsir yang menghampiri lantai = (x-5) cm


Contoh: 
Ketinggian rel dari lantai = 300 cm
Labuh Langsir yang menghampiri lantai= (300-5) cm  = 295 cm

Kenapa labuh/panjang langsir mesti di tolak 5 cm dari ketinggian rel?
Sebab, bila langsir dipasang, ia akan dipasang 2.5 cm di bawah paras rel & 2.5 cm tergantung dari aras lantai.


Kaedah 2: Ukuran labuh/panjang langsir yang tidak menghampiri lantai(jauh dari lantai)

Jika anda mahukan labuh langsir yang tidak menghampiri lantai atau jauh dari lantai, maka ambillah ukuran labuh langsir  setakat mana yang anda kehendaki. 


Contoh ukuran labuh langsir yang tidak menghampiri lantai :150 cm, 160 cm, 170 cm, 200 cm.



Tips Pemasangan Langsir.
1) utk pasang ketinggian rod, tebuk dinding 2 atau 3 inci di bwh siling.
2) guna kain langsir yg berat supaya alunan langsir nampak tersusun & sekata
3) utk pasang ketinggian rel, tebuk dinding betul2 di bwh siling atau semaksimum mungkin  yang drill boleh tebuk.
4) labuh langsir yg cantik ialah 2.5 cm or 1 inci tergantung dr lantai.
5) guna kain yg bewarna cerah & plain.
7) Untuk yang guna rel, sifu sangat rekemen guna w-curtain, kerana alunan w-curtain sangat2 cantik, sekata & teratur.
8)Ukuran labuh langsir untuk beri effect rumah nampak lebih luas dan mewah biasanya antara 250 cm ke 300 cm, manakala ketiggian rel dari lantai adalah antara 255 cm ke 305 cm, bergantung kepada ketinggian rumah. 


Nak belajar design2 langsir terkini? Nak dptkan pola2 pelmet & pola2 scallop? Nak tips & info2 terkini tentang langsir? Nak guna Sistem Kiraan Langsir Online? Nak anak pintar math & add math? Jika ya, sila klik link ini https://bit.ly/Cikgu-Rogayah

Comments

Popular posts from this blog

Langsir - Pattern-pattern Langsir Terkini & Terbaru

Cara-cara membuat LANGSIR Boxpleat, Butterfly, Smocking & Double Butterfly

Langsir - Aneka Pattern Langsir Loose Scallop & Pelmet Terkini & Terbaru