Situasi 2 : Rel t elah dipasang. Panduan mengambil ukuran panjang bagi rel yang telah dipasang serta apakah cara yang BETUL & SALAH . Bagi rumah yang TELAH pasang REL , sila lihat cara mengambil ukuran REL yang BETUL & yang SALAH seperti yang ditunjukkan dalam gambar di bawah. Oleh kerana rel telah dipasang, maka ukuran hendaklah diambil dari hujung ke hujung rel Cara ini salah kerana tidak mengambil ukuran dari hujung ke hujung rel, sebaliknya hanya mengambil ukuran frame tingkap. PERHATIAN!!! Bagi rumah yang TELAH pasang REL , jika anda berhasrat utk menggunakan langsir w-curtain, u ntuk mendapatkan alunan langsir yang cantik, teratur & sekata, anda perlu semak ukuran rel anda dan ikut ukuran yang telah saya syorkan (klik di sini untuk mengetahui apakah ukuran panjang rel yang telah saya syorkan) berdasarkan kepada 2 situasi di bawah: Situasi 1: Jika ukuran rel lebih panjang dari ukuran yang saya syorkan, maka anda perlu potong rel t